Bagaimana Kami Melabur Untuk Anda?

Di Jepun, gaya makan "Omakase" bermaksud "Saya akan menyerahkannya kepada anda", dan tetamu restoran akan memberi kepercayaan kepada Cef untuk menyediakan makanan untuk mereka. MYTHEO menerapkan konsep Omakase ini dalam strategi pelaburannya. Anda mempunyai pilihan untuk membiarkan MYTHEO mengesyorkan portfolio yang bersesuaian dengan keperluan khusus anda atau mencadangkan portfolio yang direka khas untuk memenuhi kehendak peribadi anda. Kesimpulannya, anda mempunyai kebebasan untuk memilih pelaburan yang bersesuaian dengan anda. 

Strategi MYTHEO

Rekod Prestasi
Berdaya Tahan

Portfolio MYTHEO telah diuji dan terbukti berdaya tahan. Berdasarkan simulasi prestasi portfolio MYTHEO semasa Krisis Kewangan 2007, proses pemulihan mengatasi kemerosotan dan ini mengukuhkan prestasi positif syarikat untuk jangka masa panjang.

Pelaburan
Jangka Panjang

Kehidupan dan pelaburan, kedua-duanya penuh dengan ketidaktentuan. Namun begitu, jangan biarkan ketaktentuan itu mengganggu anda kerana masa-masa yang baik sering mengatasi waktu-waktu sukar. Anda perlu tahu bahawa pelaburan jangka panjang dapat mengatasi sebarang ketidakstabilan jangka masa pendek.

Kepelbagaian
Global

Aset-aset dalam pasaran yang sama biasanya mempunyai profil risiko yang tidak jauh berbeza. MYTHEO mengurangkan risiko dengan mempelbagaikan pelaburan dalam kelas-kelas aset global. Melalui senarai ETF kami yang luas, pelaburan anda akan berada dalam beribu-ribu syarikat di seluruh dunia termasuk pasaran negara maju dan pasaran baru muncul. Strategi kami adalah untuk memperuntukkan pelaburan dalam pelbagai kelas aset, dari saham & bon ke komoditi & hartanah.

Pelaburan Logik Yang Menjana Wang

Jangan letakkan telur di dalam satu bakul sahaja. Jika satu bakul jatuh, semua telur habis pecah. Begitu juga halnya dengan pelaburan. Pelbagaikan portfolio pelaburan. Sekurang-kurangnya risiko kerugian tidak terlalu terdedah. Algoritma MYTHEO akan membahagikan pelaburan anda dalam tiga portfolio berbeza yang setiap satunya dengan fungsi, matlamat dan faedah masing-masing.

Pertumbuhan

ETF ekuiti yang dipelbagaikan akan dapat memberikan pulangan lebih tinggi. Ia juga sesuai untuk pelabur yang melabur untuk matlamat jangka panjang dengan toleransi risiko yang tinggi.

Pendapatan

Anda boleh menjana punca pendapatan melalui pelaburan yang menawarkan dividend dan/atau pembayaran faedah. Pelaburan dalam kategori ini biasanya memberi pulangan yang sedikit rendah tetapi secara asasnya ia lebih stabil dan sesuai bagi pelabur yang tidak mahu mengambil risiko tinggi.

Perlindungan Inflasi

Anda juga boleh melabur dalam kategori aset yang berdaya tahan yang memberikan hasil yang baik walaupun semasa penurunan daya beli merentasi mana-mana matawang, seperti emas dan hartanah. Kategori aset ini juga dapat mengurangkan risiko sekiranya pasaran mengalami inflasi.


Imbang Semula Mengatasi Pergerakan Pasaran

MYTHEO memantau dan mengimbangi semula portfolio anda secara automatik. Dengan ini fikiran anda sentiasa tenang dan tidak terganggu walaupun pelaburan mengalami keadaan turun naik setiap hari.


Penstrukturan Aset Anda Secara Berjadual

Semak semula aset pelaburan dalam setiap portfolio secara berterusan dan konsisten akan memberikan pulangan yang optimum.

Mengekalkan Portfolio Anda Sepanjang Masa

Portfolio keupayaan penyelenggaraan automatik penuh MYTHEO dapat menawarkan faedah-faedah berikut, selaras dengan faktor utama dalam menyediakan prestasi pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang:

Kecekapan

Pakar-pakar MYTHEO sentiasa menambah baik algoritma untuk mengoptimumkan pengurusan  aset-aset anda dengan teknik pelaburan terkini.

Keberkesanan

MYTHEO membuat keputusan pelaburan yang rasional tanpa risiko ketidakadilan manusia kerana membuat keputusan pelaburan secara terburu-buru biasanya membawa kepada hasil yang mengecewakan.

Mudah

MYTHEO mengendalikan portfolio anda agar anda dapat bertenang dan hanya fokus kepada perkara penting lain dalam kehidupan anda.

Jaminan Pelaburan

Kami menawarkan perkhidmatan paling baik bagi memastikan pelaburan anda dikendalikan dengan selamat.

Keselamatan Pelaburan

Penyimpanan semua data anda dan infrastruktur teknologi MYTHEO dalam Pusat Data dengan sistem tiga peringkat, kami melindungi data anda dan meminimumkan sebarang gangguan perkhidmatan.
 

Penjaga

Wang dan aset anda akan disimpan oleh pihak pengurusan kami - The Malaysian Trustees Berhad, yang merupakan anak syarikat RHB Bank Berhad dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pembrokeran Luar Negara

Pihak pengurusan kami akan memindahkan dana anda kepada broker luar negara kami, yang kemudian akan memegang ETF bagi pihak anda. Interactive Brokers LLC (IB) mengendalikan platform perdagangan elektronik terbesar di Amerika, dan memberi perkhidmatan kepada lebih dari 600,000 akaun pembrokeran pelanggan dan USD120 bilion dalam ekuiti pelanggan. IB dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S, Lembaga Pengawalseliaan Industri Kewangan, Bursa Saham New York, dan pelbagai organisasi pengawalseliaan diri yang lain.

Penstrukturan Harga

Di MYTHEO, harga yang dipaparkan adalah harga yang anda perlu bayar. Kami berjanji bahawa anda tidak akan dikenakan yuran perdagangan, tiada bayaran untuk pertukaran ataupun penebusan dan paling penting tiada caj tersembunyi.

Jumlah Pelaburan (USD)

$7,500 pertama
$7,500 - $25,000 seterusnya
$25,000 - $75,000 seterusnya
$75,000 - $125,000 seterusnya
125,000 - $250,000 seterusnya
$250,000 ke atas

Amaun Pelaburan Indikatif (MYR)*

RM30,000 pertama
RM30,000 - RM100,000 seterusnya
RM100,000 - RM300,000 seterusya
RM300,000 - RM500,000 seterusnya
RM500,000 - RM1,000,000 seterusnya
RM1,000,000 ke atas

Kadar Bertingkat (Setiap Tahun)

1 %
0.9 %
0.8 %
0.7 %
0.6 %
0.5 %

*Berdasarkan kadar pertukaran USD Indikatif pada 4.00

MELABURLAH SEKARANG

dan mulakan perjalanan pelaburan digital anda bersama MYTHEO!

MUAT TURUN APLIKASI