”Marilah kita melindungi alam sekitar dan memupuk masyarakat yang lebih baik melalui MYTHEO Global ESG!”
Melalui MYTHEO Global ESG, anda dapat menghasilkan portfolio yang hanya terdiri daripada ETF yang berkaitan dengan ESG. Dengan ini, anda dapat menjalankan tugasan anda sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab sepanjang proses pelaburan anda di MYTHEO.
Pelaburan ESG merujuk kepada penilaian terhadap syarikat berdasarkan ciri-ciri penjagaan terhadap alam sekitar (E), sosial (S) dan pengurusan (G) sesebuah syarikat ketika membuat keputusan untuk melabur. Sebagai contoh, melabur di dalam syarikat yang menggunakan tenaga bersih (clean energy) secara aktif untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) atau syarikat yang meningkatkan peluang pekerjaan untuk membantu penduduk tempatan. Inisiatif yang diambil oleh syarikat-syarikat ini telah mengurangkan beban pertumbuhan semulajadi pada persekitarandan masyarakat serta bertujuan untuk mengekalkan pertumbuhan (Sustainable Growth) dengan mengambil kira persekitaran dan masyarakat dalam model perniagaan mereka. Syarikat yang mempunyai sistem pentadbiran pengurusan korporat yang baik mempunyai strategi yang jelas dalam memacu pertumbuhan jangka panjang organisasi, serta ditambah dengan kakitangan eksekutif yang akan bertindak menjaga kepentingan pemegang saham.
Kelebihan pelaburan ESG adalah bahawa ia memberikan "pulangan berganda". Yang pertama adalah pulangan sosial atau faedah kepada masyarakat, yang dicapai melalui pemilihan syarikat dari sudut pandang ESG. Dengan cara ini, pelabur dapat menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti matlamat pembangunan lestari (Sustainable Development Goal "SDG") syarikat. Pulangan kedua adalah pulangan ekonomi. Syarikat yang mempunyai penarafan ESG yang tinggi dan syarikat yang membantu menyelesaikan masalah sosial diharapkan lebih berdaya tahan dan mungkin memberi lebih banyak nilai untuk pelabur dalam jangka masa panjang.
Jumlah pelaburan ESG terus meningkat. Global Sustainable Investment Alliance (GSIA) menganggarkan bahawa pada tahun 2020jumlah pelaburan ESG global adalah $35 trilion, peningkatan 55% sejak 2016 dan 15% sejak 2018. Pertumbuhan aset ESG agak lambat di Eropah kerana definisi ESG yang lebih ketat tetapi pertumbuhan telah pesat di AS dan Jepun dan pelaburan ESG kini menyumbang 35.9% daripada aset pelaburan global.
Matlamat pembangunan lestari (Sustainable Development Goals "SDG") telah diadaptasi oleh PBB pada tahun 2008 dan bertujuan untuk mencapai sasaran pada 17 isu antarabangsa yang biasa seperti perubahan iklim, pengurangan kemiskinan dan ketidaksamaan menjelang 2030. Terdapat banyak syarikat yang memasukkan sasaran SDG dalam perniagaan mereka. Dengan melabur dalam ESG, kita juga turut serta dalam inisiatif SDG.
Log masuk ke aplikasi mudah alih MYTHEO dan klik “Create Portofolio” (diskrin utama). Untuk pengguna web butang bina portfolio terletak di tab tindakan di sebelah kiri.
Klik pada “I would like to start investing in Global ESG”.
Perincian MYTHEO Global ESG dan maklumat pegangan ETF akan muncul, klik Next.
Lihati semula prestasi MYTHEO Global ESG yang telah diuji pada masa lalu, dan skrol ke bawah untuk memilih “Create Portofolio” baru saya.
Masukkan jumlah deposit yang ingin dilaburkan.